ROCKSTARZ BURGER PENANG

Rockstarz Burger 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pada hari Ahad yang lalu Zumal bersama Geng Blogger Utara telah berkunjung ke Restoran Rockstarz Burger di Penang. 

Menu Rockstarz Burger 
Kalau anda nak tahu Rockstarz Burger bertemakan rockers tau. Sesuai dengan slogan mereka 'Rock Your Mouth' . Menu di Rockstarz Burger juga berinspirasi daripada nama band terkenal seperti Wings (The Wings) , Search (The Search), Santana (The Santanaz) dan Metallica (The Metallicheeze). Selain tu bila anda masuk je ke dalam restoran ini anda bagai meneroka kembali zaman kegemilangan rock suatu masa dulu bila melihat hiasan-hiasan dinding Rockstarz Burger ini. Teruja sioooot.

Rockstarz Burger 
Kalau anda nak tahu, patty burger ni adalah dibuat sendiri oleh Rockstarz Burger. Kalau sekali anda makan sure dah tak pandang dah burger segera kat luar sana. Pada malam tu Zumal cuba menu The Rockstarz. 
The Rockstarz pilihan Zumal
Gaya ja lebih 
Setelah The Rockstarz masuk ke mulut Zumal nie, tak terucap dek kata-kata beb. Cuma boleh cakap pewiiiiiiiiiit. Sedap tak terungkap! Keenakkan sos istimewa ada manis-manis bergabung dengan patty yang rangup serta cheese sangat menghiburkan perut Zumal nie. Tambahan pula Zumal nie hantu cheese. Sedap sehingga menjilat jari...  

Tengok hidangan kami dah sampai

Pelbagai aksi rakan-rakan Blogger Utara menikmati burger masing-masing tau. Kita dapat gambarkan kesedapannya tau. Menu yang kami pilih berbeza antara satu sama lain. 
The Red Hot Curry Chilleez

The Wings

The Carbonara Romance 

Pha Is menikmati The Red Hot Curry 

Murni pula menikmati The Metallicheeze 

Nak tahu lebih lanjut tentang menu-menu lain yang rakan-rakan Blogger Utara cuba nanti Zumal sertakan link review dari mereka yer. Lagi satu korang kena tahu sebelum order burger di Rockstarz Burger nie korang boleh pilih antara Slow Rock (single), Hard Rock (double) dan Heavy Metal (triple).

Selain burger  anda juga boleh order menu tambahan seperti fries, onion ring, meatballs dan macam-macam lagi tau. Air pun banyak pilihan tau...

Meatballs 

Onion Ring

Restoran Rockstarz Burger nie Zumal bagi 5 bintang tau. 5/5 ok. Dari segi kebersihan restoran nie sangat bersih manakala pemilik dan crew restoran sangat peramah kepada pelanggan. Memang terbaik laa...

Wajib bergambar sebelum balik

Khusyuk memasak brader kita nie 

Crew Rockstarz Burger 

Bergambar bersama tauke pula

Untuk pengetahuan anda, di Restoran Rockstarz Burger nie kadang kala ada band-band yang membuat persembahan tau. Untuk info anda boleh rujuk di laman facebook Rockstarz Burger. Kalau tak ada band pun anda tetap didendang alunan irama rock yang ohsem sepanjang masa menjamu selera di sini. Let's Rock Your Mouth!!!

Rockstarz Burger 
118 Taman Tunas Muda, 
Jalan Dato' Ismail Hashim,
11900 Sungai Ara,
Pulau Pinang
019-429 9309 (Sg. Ara)
016-446 6036 (Ayer Itam/ Greenlane)

Masa Operasi
5.00pm -1.00am 
Isnin hingga Ahad 


Review Rockstarz Burger Dari Geng Blogger Utara

Aisha | Eyda | CP | El | Nina | Alia | Murni | Zafirah | SYM | Pha Is


Comments

  1. Replies
    1. tengok pun ... nampak rock kan :)

      Delete
    2. kalau ada kapak mini perlu dihidang sekali la ... baru sesuai dengan nama burger hehe :)

      Delete
  2. nnt nk p try gak la... rock ka x burger dia.. hihi

    ReplyDelete
  3. bestnya buat gathering blogger utara :D nampak sedap semua yg ada dlm menu tu. carbonara romance dgn the wings tu nampak best je

    ReplyDelete
  4. Yummy! memang The Rocklah Burger dia..

    ReplyDelete
  5. adoi baca entry zumal ni perut tiba2 menyanyi lagu rock..camno ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena rock your mouth pukul 5.00 nanti ler ^-^

      Delete
  6. berger rockstar yg xrock tapi sedap sgt tu...

    ReplyDelete
  7. seronok baq hang
    gathering kita hari tu
    happening..best sgt2
    kecoh satu hal
    ok papepun rockstarz burger mmg rockkk!!

    ReplyDelete
  8. tetiba rasa lapar burger..first time jumpa jejaka Perlis ni..

    ReplyDelete
  9. Were going to penang next trip. Boleh lah singgah sini ye tak? Patty homemade ni rasa dia mesti power!

    ReplyDelete
  10. Rockkkk sangat...!! Alahai bro zumal... jauhnyaaaa ke peneng sana.. huwaaaa....

    ReplyDelete
  11. Ya Allah terliur sudaaah. Hahahah !

    ReplyDelete
  12. Nampak best..nanti akak boleh la singgah..

    ReplyDelete
  13. Wow.. menu yang sangat mengancam..
    Namapun dasyat... Sha nak meetball...

    ReplyDelete
  14. Salam singgah sini zumal....wahh....puas hati ni makan burger ni...sedapnya....

    ReplyDelete
  15. hahahha... bestkan ! rock habis

    ReplyDelete
  16. ni time hujan ni.terbaca pulak review bab makanan..aduh...terus perut mendidih..lapaq

    ReplyDelete
  17. Nak tanya masa makan tu Zumal trs ngap ke cubit sikit3x......;-)

    ReplyDelete
  18. Huu! bugger king ..terbaik seronok pula tengok bugger ni Zumal..

    ReplyDelete
  19. bila lak rockstarz burger nak mai KL . Jauh tu nak pi penang ...

    ReplyDelete
  20. aiyoooo lama dah tak makan burger macam tuuuuuuuuuu sedapnyaa!! kalau dapat !!

    ReplyDelete
  21. wow..memang best la bro dapat makan-makan begini..

    ReplyDelete
  22. peeeergh Zumal.. ehehhe kira berbaloi mari dari jauh kan ? hewhew..
    tngk Zumal posing tingat balik beger tu eheh..

    ReplyDelete
  23. nampak muka pha is dan nina disitu :) ...

    ReplyDelete
  24. Pha is ramai peminat hehehe abam sado

    ReplyDelete
  25. wow sedapnya
    baguslah skrg dah ada geng blogger utara
    boleh ajak sama pergi makan makan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat sedap Emily. I suggest u try ok ^-^

      Delete
  26. Singgah malam..tengok gambar orang makan2 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari nie tengok gambar, besok kena try yer Fidah ^-^

      Delete
  27. huihhhh...mcm2 menu burger ada...menarik nihhhh :)

    ReplyDelete
  28. Bila tengok balik, rasa perut mengamuk ja malam ni.. dok teringat lama dah ni...

    ReplyDelete
  29. Aktif ye zumal dengan kelab kelab blogger ni.

    Ya Allah...terbaiklah restoran tu. tengok burger pun dah tahu sedap.

    ReplyDelete
  30. sangat menggugah selera makan mas, bikin ngiler heee

    ReplyDelete
  31. Ya Allah, best gila burger dia. Cheese melimpah ruah (macam The Wings) tu. Peh. My favourite ! Kalau dekat ni mau mintak depa hantar delivery.

    ReplyDelete
  32. Memang rock abis burger2nya! :)

    ReplyDelete
  33. Laparnya...nampak sedap bugger tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts